Untitled-1.jpg

25 January 2011

Tolak usul bukti BN makhluk dua alam

KUANTAN, 26 Jan: Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk ‘dua alam’ yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 berhubung soal perlantikan Setiausaha Kerajaan,  Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditolak kerana gagal mendapat restu dua pertiga majoriti Dewan Undangan Negeri.

Walaupun mendapat sokongan kesemua 34 Adunnya, Pakatan Rakyat kekurangan 4 undi untuk menjayakan usul tersebut apabila tiada seorang pun daripada 20 Adun Barisan Nasional yang berani menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga membayangkan apakah nasib yang bakal melanda kepada Adun Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka bertukar tempat dengan Adun Barisan Nasional.

“Saya boleh bayangkan seandainya PR yang menolak usul tersebut, media akan menyerang habis-habisan dan pasti akan berlaku demonstrasi mendesak Adun kita untuk letak jawatan, dan keluar dari Selangor,” ujar Tuan Ibrahim.

Secara positifnya pula, Tuan Ibrahim berkata disebabkan BN yang menolak usul tersebar, ianya bakal mempunyai implikasi yang lebih besar kerana ianya adalah gambaran sebenar sikap kerajaan pusat terhadap kedudukan raja berperlembagaan.

“Sepatutnya mereka rasa malu dan sebagai wakil yang bermaruah, mereka sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Adun. Bagaimana mereka nak jadi pemimpin seandainya isu kedaulatan raja tidak lagi dihormati?” tambah Tuan Ibrahim.

24 January 2011

Umno derhaka: Dulu, kini dan selamanya

AMPANG, 25 Jan: Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

“Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau yang juga Keua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

“Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar,” katanya. Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

19 January 2011

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong. Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.
Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.
Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

16 January 2011

Gambar Himpunan Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Kuala Langat















14 January 2011

13 January 2011

KENYATAAN AKHBAR PAS SELANGOR KOMITED BERSAMA PAKATAN RAKYAT

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR KOMITED BERSAMA PAKATAN RAKYAT

PAS Selangor ingin menegaskan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Mohamad Ali semalam di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah selaras dengan arahan parti dan Presiden PAS.

PAS Selangor kesal bahawa kenyataan yang dibuat dalam sidang akhbar tersebut telah diputar-belitkan oleh portal berita Malaysiakini sehingga menggambarkan seolah PAS Selangor bersetuju dengan proses perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.

PAS Selangor ingin mengulangi bahawa ia komited dengan pendirian kerajaan negeri dan bersetuju dengan sidang khas Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini yang bermatlamat mengembalikan kuasa istana dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campurtangan dan gangguan dari kerajaan Persekutuan berhubung perlantikan khasnya para pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri dalam prosesnya.

Sehubungan itu PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.

Siang tadi rombongan diketuai Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan PAS Selangor telah mengunjungi Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS, dalam mana video rakaman sepenuhnya sidang tersebut telah dipertontokan yang ternyata membuktikan fitnah Malaysiakini itu.


DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

13 Januari 2011/ 9 Safar 1432

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SELANGOR


KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SELANGOR

PAS Selangor terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berhubung dengan  isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Isu ini telah berlarutan selama beberapa minggu dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak. PAS Selangor bersukacita untuk membuat kenyataan dan meletakkan kemelut ini dalam perspektif yang rasional dan bijaksana.


2.     PAS Selangor berpendapat bahawa dalam menangani isu ini semua pihak yang terbabit harus memberi pertimbangan kepada empat unsur yang terpenting dalam pengurusan pembangunan negeri ini. Unsur-unsur tersebut ialah istana, kerajaan negeri, jentera pentadbiran melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Keempat-empat unsur ini mesti diharmonikan supaya Pakatan Rakyat yang telah diberi amanah untuk mengurus negeri ini terus diberi kepercayaan oleh kesemua unsur yang disebutkan.  

3.     Dalam bersama-sama menerajui negeri, saya dan PAS Selangor sering diingatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti supaya pada setiap masa menjalin hubungan yang baik dengan pihak istana, pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata. 

4.     PAS Selangor beranggapan bahawa punca kepada kemelut ini adalah wujudnya jurang komunikasi antara unsur-unsur utama yang disebutkan. Jurang yang ada menjadi bertambah dalam bila terdapat ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terhadap isu ini. 

5.     Selain daripada empat unsur itu, wujud dua lagi unsur yang saling berkaitan iaitu peruntukan undang-undang dan juga amalan konvensyen. Dalam kes lantikan Setiausaha Kerajaan negeri, PAS Selangor berpendapat bahawa kedua-dua peruntukan perundangan dan konvensyen harus terus dipertahankan lebih-lebih lagi di negeri-negeri  yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. 

6.     Dalam menghadapi isu ini, PAS Selangor menghormati langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri. Pada masa yang sama akur kepada  peranan istana dalam membuat lantikan tersebut disamping terus menyanjung institusi raja yang bebas daripada sebarang pengaruh politk yang membabitkan urusan negeri. PAS Selangor menyarankan agar semua pihak memahami dan mengiktiraf kepentingan institusi raja, kerajaan negeri, jentera pentadbiran kerajaan dan kuasa rakyat jelata demi keberlangsungan negeri tercinta ini. 

7.     PAS Selangor akan menggunakan seluruh kebijaksanaan, keterbukaan dan pengalaman parti bagi menjernihkan keadaan ini. PAS Selangor bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan cara yang sebaik-baiknya, dikhuatiri keadaan akan menjadi bertambah keruh. Pengalaman PAS mentadbir sebuah negeri lebih daripada 20 tahun boleh menjadi iktibar dan panduan kepada penyelesaian masalah yang sedang dihadapi. 

8.     PAS Selangor akan berusaha ke arah mencari titik penyelesaian dengan seberapa segera melibatkan isu ini. Rakyat Selangor sedang menikmati buah pembangunan dengan pendekatan memartabatkan rakyat melalui falsafah pembangunan “Merakyatkan Ekonomi Selangor”. Rakyat Selangor tidak rela dijerumuskan dengan isu-isu yang tidak berkesudahan. 

9.     PAS Selangor bersedia pada bila-bila masa untuk menawarkan khidmat dari sudut pemikiran, tindakan dan pengalaman yang diperlukan oleh mana-mana pihak demi mengharmonikan keadaan serta membolehkan negeri ini berfungsi dengan sebaik-baiknya untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat di negeri ini.  

DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Pesuruhjaya Pas Selangor 
10 Januari, 2011

01 January 2011

Perlantikan Khusrin Ke arah Malayan Union

Parti Islam SeMalaysia PAS berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri

PAS hendak mengigatkan kerajaan pusat,  Negeri Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.

Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan

PAS merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. PAS hendak mengingatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 

Setting Up Blog Using Blogger | Design By Penerangan Pas Kuala Langat © 2011 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher