Untitled-1.jpg

07 October 2011

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan sokongan PENUH terhadap saranan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria  yang meminta supaya Kerajaan Pusat memberi laluan kepada Kerajaan PAS Negeri Kelantan untuk menjalankan undang-undang jenayah Syariah Islam  seperti yang telah diluluskan di DUN Kelantan sejak 1993 lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga akan tampil lagi para Mufti negeri-negeri selain Perak, tokoh-tokoh pendakwah Islam, ikon agamawan dan para alim ulamak untuk melahirkan sokongan terhadap perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dengan berterusan mendesak pihak Kerajaan Pusat menarik balik ‘SURAT ANCAMAN’ yang pernah dikeluarkan semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1994 bagi menghalang undang-undang tersebut dilaksanakan di Kelantan. Surat tersebut antara lainnya Kerajaan Pusat mengancam untuk mengambil “tindakan” sekiranya Kerajaan PAS Kelantan menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah tersebut kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menasihatkan pihak Kerajaan Pusat mematuhi nasihat dan saranan orang yang mempunyai ‘tempat’ di dalam agama selaku Mufti. Sekiranya tidak rakyat akan melihat bahawa Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO sebagai parti yang dikatakan mewakili majoriti orang Melayu Islam hanyalah beretorik, bermuka-muka, beromong kosong dengan kenyataan-kenyataan untuk mendaulatkan Islam tetapi hakikat sebenarnya UMNO sememangnya tidak yakin dengan Islam dan hukum Islam. UMNO memperalatkan Islam semata-mata untuk kepentingan ‘survival’ politik mereka dan bukanlah berhasrat sungguh untuk melaksanakan tuntutan Agama Islam itu sendiri. Sekiranya UMNO berhasrat untuk melaksanakan tuntutan Syariat Islam yang sebenarnya sejak memerintah 50 yang lalu maka negara ini sudah pasti akan menjadi sebuah negara yang paling makmur, aman sejahtera dan menjadi contoh kepada negara lain kerana mendapat perlindungan dan keberkatan secara langsung daripada Allah Taala.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi mendesak supaya Kerajaan Pusat menerima nasihat yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh agama tempatan dan seterusnya memberikan peluang kepada Kerajaan PAS Negeri Kelantan menjalankan undang-undang Jenayah Syariah seperti yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
 

Setting Up Blog Using Blogger | Design By Penerangan Pas Kuala Langat © 2011 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher